Slider

 

Dr Nazre Dr Nazre Author
Title: Jamuan Hi-Tea dan Apresiasi PEKA 2017 - "Sehangat Budi, Seindah Inspirasi"
Author: Dr Nazre
Rating 5 of 5 Des:
Alhamdulillah pada Rabu 27 September 2017 yang lepas, PEKA UPSI telah berjaya menganjurkan majlis Jamuan Hi-Tea dan Apresiasi PEKA 2017 b...

Alhamdulillah pada Rabu 27 September 2017 yang lepas, PEKA UPSI telah berjaya menganjurkan majlis Jamuan Hi-Tea dan Apresiasi PEKA 2017 bertempat di Atrium, Canselori bermula jam 4.00pm.

Majlis "Sehangat Budi, Seindah Inspirasi" ini khas diadakan bagi mengenang jasa dan menghargai staf akademik berpencen mulai Januari 2016 juga staf akademik senior yang memegang nombor staf dari 401 hingga 450.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Naib Canselor UPSI yang telah sudi memberikan ucapan aluan serta menyampaikan cenderahati kepada tetamu jemputan.

Di samping itu, PEKA juga amat berbangga kerana urusan penyediaan makanan majlis telah dlaksanakan sepenuhnya oleh pihak Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) UPSI. Kesungguhan dan kepakaran krew FTV pada hari tersebut telah mendapat kata-kata pujian daripada Dato' Naib Canselor sendiri.

Dikesempatan ini PEKA ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang telah sudi melapangkan masa bagi menjayakan majlis yang telah dianjurkan.

Penghargaan juga ditujukan kepada pihak JPPHB UPSI yang telah membantu persiapan majlis terutamanya dari segi peralatan dan kemudahan sistem siar raya.

Akhir kata, PEKA UPSI mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mana-mana pihak yang turut terlibat menjayakan majlis ini sama ada secara langusng atau pun tidak.

TERIMA KASIH SEMUA.



Sila Klik Di sini Untuk Melihat Gambar-Gambar Sekitar Majlis

Sila Klik Di sini untuk Memuat-turun Buku Program Majlis





About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top