Slider

 

Unknown Unknown Author
Title: AGM PEKA KE-10
Author: Unknown
Rating 5 of 5 Des:
PEKA UPSI telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali ke-10 pada Rabu, 15 Mac 2017 bermula jam 2.30 petang di Dewan K...



PEKA UPSI telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali ke-10 pada Rabu, 15 Mac 2017 bermula jam 2.30 petang di Dewan Konvensyen, E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

AGM PEKA Kali ke-10 ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin selaku Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI.

Dikesempatan ini PEKA UPSI ingin mengucapkan terima kasih di atas kehadiran pihak Pengurusan Tertinggi UPSI diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad Shatar bin Sabran, Naib Canselor UPSI.

PEKA juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli PEKA yang terdiri daripada para pensyarah dan guru kerana telah sudi hadir demi memberi sokongan kepada AGM PEKA ini.

Semoga persaudaraan dan solidariti semua ahli PEKA akan terus utuh demi memartabatkan kedudukan para akademia di UPSI.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA!


(1) SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMUAT-TURUN BUKU PROGRAM AGM PEKA KE-10

(2) SILA KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR SEKITAR AGM PEKA KE-10




About Author

Advertisement

Post a Comment

  1. Terima kasih atas perkongsian buku program. sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian buku program. sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian buku program. Alhamdulillah, sgt bermanfaat

    ReplyDelete

 
Top