Slider

 

Unknown Unknown Author
Title: |PERUTUSAN YDP PEKA 2018-2020|
Author: Unknown
Rating 5 of 5 Des:
Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Pera...
Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya, Salam Perjuangan.

Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama di dalam saf perjuangan para akademia di Universiti Pendidikan Sultan Idris. PEKA mengambil kesempatan ini juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kesemua ahli yang telah memilih saya dan barisan kepimpinan yang baru untuk sesi 2016-2018. 

Kesinambungan perjuangan PEKA untuk memartabatkan profesion kakitangan akademik dan membela kebajikan mereka akan diteruskan walaupun perlu mendepani cabaran-cabaran dari masa ke semasa. PEKA maklum untuk menuntut sesuatu yang kadang-kala di luar amalan biasa tetapi masih di dalam ruang-lingkup budi-bicara pihak pengurusan tertinggi UPSI adalah suatu yang mencabar. Namun demikian sokongan padu dari akar-umbi dan nawaitu yang ikhlas demi Allah menjadi penyebab untuk PEKA mara ke hadapan bagi berdiskusi secara ilmiah, beradab namun penuh tegas dengan mana-mana pihak yang sepatutnya. 

Demi memperkasa kapasiti PEKA untuk memperjuangkan hak-hak warga akademia UPSI, PEKA mengambil inisiatif untuk membangunkan Blog Rasmi PEKA yang akan memainkan peranan sebagai pusat sehenti untuk warga akademia UPSI serta seluruh warga kampus untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan perkhidmatan, perjuangan PEKA, kebajikan ahli PEKA dan sebagainya. Pelbagai kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas warga PEKA juga akan dilaksanakan melalui Blog Rasmi PEKA.

Akhir kata saya menyeru kepada seluruh ahli PEKA untuk berganding bahu bagi memperjuangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh kita semua terutama dalam soal penggajian, kemudahan-kemudahan, elaun dan insentif serta faedah-faedah saraan yang lebih baik. 

Di samping itu, Marilah kita bersama-sama melonjakkan mutu perkhidmatan kita di UPSI sebagai penanda-aras kelebihan yang kita mampu sumbangkan demi merekayasa UPSI sebagai universiti terulung di peringkat dunia.

#kamiprihatin 
#wecare

Prof. Madya Dr. Mohd. Faizal Nizam Lee bin Abdullah, SIS
YDP PEKA
2018-2020
 
Top