Slider

 

Dr Nazre Dr Nazre Author
Title: Tahniah Dr. Ahmad Nizam - Pelantikan sebagai "Autodesk Ambassador 2016' oleh KPT
Author: Dr Nazre
Rating 5 of 5 Des:
Pihak PEKA ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Ahmad Nizam bin Othman, Pensyarah Kanan di Jabatan Multimedia Kreatif, FSKIK ker...
Pihak PEKA ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Ahmad Nizam bin Othman, Pensyarah Kanan di Jabatan Multimedia Kreatif, FSKIK kerana telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia selaku Duta Program Autodesk bagi tempoh 16 Mei 2016 sehingga 30 September 2017.

Majlis pelantikan telah berlangsung semasa Program Duta Autodesk di Pullman Putrajaya Resort & Hotel pada 31 Mei 2016 - 1 Jun 2016 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, TKSU Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. 


Dr. Ahmad Nizam bin Othman (FSKIK)




Sebagai Duta, Dr. Ahmad Nizam akan dipertanggungjawabkan untuk :

i. Mengguna pakai modul Autodesk di dalam kurikulum pengajian sedia ada mengikut kesesuaian;

ii. Mendapatkan pentauliahan Autodesk Certified Instructor (ACI) bagi modul yang bersesuaian mengikut bidang masing-masing; dan

iii. Membimbing pelajar untuk menyertai pertandingan program Autodesk di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa.


TAHNIAH!! 

SEMOGA BERJAYA MENJADI DUTA TERBAIK!!

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top