Slider

 

Dr Nazre Dr Nazre Author
Title: Selamat bersara kepada YBhg. Dr. Abd Rahman bin Ahmad, FPE UPSI
Author: Dr Nazre
Rating 5 of 5 Des:
Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera, Rakan-rakan dan seluruh warga UPSI yang dimuliakan, Saya bagi pihak PEKA UPSI ingin m...
Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Rakan-rakan dan seluruh warga UPSI yang dimuliakan,

Saya bagi pihak PEKA UPSI ingin mengucapkan Salam Perpisahan kepada YBhg. Dr. Abd Rahman bin Ahmad, Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi yang akan menamatkan hari akhir perkhidmatan beliau di UPSI pada hari ini, Khamis 30 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadan 1437H. 

Untuk makluman semua, YBhg. Dr. Abd Rahman adalah mantan AJK PEKA untuk sesi 2015-2016 dan beliau telah menyumbang khidmat bakti yang terpuji kepada PEKA. Secara peribadi saya menganggap beliau sebagai "Abang" yang sering memberikan idea-idea bernas dalam memartabatkan kebajikan staf akademik di UPSI.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bersara dan sama-sama kita doakan beliau dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah serta terus bersemangat untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara melalui apa sahaja medan dan ruang yang akan beliau laksanakan.

 
JASAMU DIKENANG....

Iklas,

Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah
YDP PEKA UPSI


About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top