Slider

 

Dr Nazre Dr Nazre Author
Title: SELAMAT HARI GURU 2016
Author: Dr Nazre
Rating 5 of 5 Des:
Assalamu'alaikum wbt dan Salam 1Malaysia, Universiti kita adalah satu-satunya universiti dengan "branding" pendidikan di...


Assalamu'alaikum wbt dan Salam 1Malaysia,

Universiti kita adalah satu-satunya universiti dengan "branding" pendidikan diletakkan jelas di bawah namanya.

Universiti kita telah melahirkan ribuan guru yang sekarang berkhidmat di serata negara. 

Universiti kita mempunyai ramai tenaga pengajar yang pernah berkhidmat dan menabur bakti sebagai guru di sekolah.

Walaupun dengan hambatan kursus-kursus pengajian berbentuk "open-market" namun pada hemat saya, "Pendidikan" dan "Guru" masih menjadi terma yang sinonim dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris di kacamata ramai pemegang-taruh (stakeholders) terutamanya rakyat Malaysia di luar sana. 

Oleh itu izinkan saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua pendidik di UPSI. Anda melatih Guru, jadi adalah wajar anda juga diingati ketika sambutan hari guru.


Coretan Ikhlas dari :

Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah
Yang Di Pertua  
Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA) UPSI 
2016-2018

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top