Slider

 

Dr Nazre Dr Nazre Author
Title: Sekitar ziarah PEKA - Profesor Dr. Mohamad bin Ibrahim dan Keluarga Allayarham Dr. Talib bin Samat
Author: Dr Nazre
Rating 5 of 5 Des:
Alhamdulillah pada hari ini, Khamis 5 Mei 2016, PEKA dengan izin Allah telah berjaya melaksanakan dua sesi ziarah dan menyumbangkan wang kh...
Alhamdulillah pada hari ini, Khamis 5 Mei 2016, PEKA dengan izin Allah telah berjaya melaksanakan dua sesi ziarah dan menyumbangkan wang khairat sebagaimana diamanahkan oleh seluruh ahli PEKA kepada pihak yang berkenaan masing-masing.

Ziarah 1 - Profesor Dr. Mohamad bin Ibrahim (Jabatan Komputeran, FSKIK)

Profesor Dr. Mohamad telah dimasukkan ke wad di Hospital Selayang namun telah dibenarkan keluar dan sekarang berehat di rumah beliau (cuti sakit) di Taman Wangsa. Pihak PEKA diwakili oleh En. Nazre bin Abdul Rashid telah mengambil kesempatan untuk menziarahi beliau bersama rombongan FSKIK termasuk Dekan iaitu Dr.-Ing Maizatul Hayati binti Mohamd Yatim dan beberapa staf lain. Sumbangan khairat PEKA berjumlah RM200.00 juga telah diserahkan kepada Profesor Dr. Mohamad.  


En. Nazre bin Abdul Rashid, Setiausaha PEKA menyerahkan sumbangan khairat PEKA kepada Prof. Dr. Mohamad.
Turut kelihatan ialah Dekan FSKIK, Dr.-Ing Maizatul dan En. Suhazlan.
Tiada digambar : Tn. Hj Md. Zahar dan En. Nurzid


Ziarah 2 - Keluarga Allahyarham Dr. Talib bin Samat

Allahyarham Dr. Talib bin Samat ialah akademia terbilang yang telah mencurahkan khidmat bakti di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Jawatan terakhir Allahyarham ialah sebagai Profesor Madya. Allahyarham Dr. Talib dijemput Allah pada hari Khamis, 14 April 2016 bersamaan 6 Rejab 1437H. 

PEKA telah menziarahi keluarga Allahyarham dan bertemu dengan isteri Allayarham iaitu Pn. Hjh. Ramnah binti Manap. Pada sesi ziarah tersebut, PEKA telah menyampaikan sumbangan khairat berjumlah RM1000.00 kepada Pn. Hjh. Ramnah. 

Marilah sama-sama kita doakan Allayarham Dr. Talib bin Samat tenang di alam barzakh dan memperolehi ganjaran pahala yang tidak putus-putus kerana sesungguhnya segala ilmu yang Allahyarham curahkan kepada anak-anak didik di UPSI menjadi saham akhirat yang terbaik sesuai dengan hadith Rasulullah :


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Ybhg. Prof. Madya Dr. Ani binti Omar, Timbalan Dekan (Penyelidikan Dan Siswazah) (Fakulti Bahasa Dan Komunikasi) mewakili PEKA menyampaikan sumbangan khairat kepada Pn. Hjh. Ramnah binti Manap (Balu Allahyarham Dr. Talib bin Samat)

Turut serta dalam Rombongan ziarah : Dr. Mohd. Faizal Nizam Lee bin Abdullah (YDP PEKA), Tn. Hj. Baharudin bin Omar (Bendahari PEKA), En. Mohd Zahren bin Zakaria (AJK PEKA - PBPU).
Tiada digambar : En. Nazre bin Abdul Rashid ( Setiausaha PEKA)


Terima kasih di atas layanan pihak tuan rumah...



About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top