Slider

 

Dr Nazre Dr Nazre Author
Title: Perutusan Hari Raya 'Aidilfitri 1436H oleh Presiden PEKA
Author: Dr Nazre
Rating 5 of 5 Des:
Assalamualaikum wbt Semua warga akademik UPSI, Saya bagi pihak barisan kepimpinan Persatuan kakitangan Akademik (P...
Assalamualaikum wbt

Semua warga akademik UPSI,

Saya bagi pihak barisan kepimpinan Persatuan kakitangan Akademik (PEKA) mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDULFITRI yang Insya Allah akan jatuh pada hari Jumaat 16hb Julai 2015.

Saya mendoakan semuga semua rakan akademik UPSI diberikan kesihatan yang baik agar dapat merayakan hari yang amat bererti bagi setiap muslim yakni hari kegembiraan selepas kita berjaya melawan kekangan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amalan yang kita kerjakan sepanjang bulan Ramadhan
Berhati-hatilah kita memandu ketika pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga tercinta.  

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menitipkan beberapa bait harapan dan doa.....

Bunga melati kembang di taman
Mewangi segar segenap desa
Selamat Hari Lebaran pada kalian yang budiman
Pohon diampun segala silap dan dosa
Air mawar direnjis-renjis
Buat penyeri datangnya pengantin
Seandainya ada mana-mana tutur kata yang mengguris
Pohon maaf zahir dan batin
IKHLAS DARI SAYA

PROF MADYA DR. HABIB MAT SOM
PRESIDEN PEKA

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top