Slider

 

Dr Nazre Dr Nazre Author
Title: Etika Berpakaian
Author: Dr Nazre
Rating 5 of 5 Des:
Baru-baru timbul kekecohan berkenaan beberapa kes orang-ramai yang tidak diberikan akses ke Jabatan-jabatan kerajaan mahupun disuruh ...

Baru-baru timbul kekecohan berkenaan beberapa kes orang-ramai yang tidak diberikan akses ke Jabatan-jabatan kerajaan mahupun disuruh memakai kain sarung atau tuala untuk berurusan. 

Ini kembali kepada tatatertib berpakaian (dress code) semasa berurusan di jabatan-jabatan tersebut. Oleh kerana dunia semakin moden dan fesyen telah menjadi suatu yang sangat abstrak, manusia mula melupakan tata-susila berpakaian dan menganggap apa yang mereka pakai adalah hak mutlak mereka. Lebih buruk lagi apabila mereka merasa tidak salah apabila memakai apa sahaja pakaian apabila berurusan di jabatan-jabatan kerajaan (kecuali berbogel - mengikut pandangan mereka).

Sebenarnya, cara berpakaian yang sopan adalah seperlunya menjadi teras di dalam jiwa raga seluruh rakyat Malaysia kerana ini termaktud di bawah Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Di samping itu, penguatkuasaan tata-tertib berpakaian juga sepatutnya menjadi sebahagian agenda di jabatan-jabatan kerajaan bagi mengangkat martabatnya menjadi institusi yang dihormati dan disegani.



Dari sudut pandang yang lebih luas, apabila Jabatan kerajaan melaksanakan tata-tertib berpakaian, kakitangan awam juga sewajarnya perlu menjadi contoh. BACA DI SINI dan SINI

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top