Slider

 

Unknown Unknown Author
Title: Sekitar ziarah Dr Kartini, Dr Norazlan di Hospital Slim River
Author: Unknown
Rating 5 of 5 Des:
Assalamu'alaikum wbt dan Salam sejahtera, Pada Rabu, 28 Disember 2017, pihak PEKA telah ke ICU Hospital Slim River bagi menziarahi Pr...
Assalamu'alaikum wbt dan Salam sejahtera,

Pada Rabu, 28 Disember 2017, pihak PEKA telah ke ICU Hospital Slim River bagi menziarahi Prof. Madya Dr. Mohd. Azlan bin Napiah dan isteri beliau, Profesor Madya Dr. Kartini binti Ahmad. Umum khususnya warga UPSI telah maklum di mana PM Dr Kartini telah dimasukkan ke ICU akibat jangkitan kuman di paru-paru.

PEKA UPSI dengan penuh insaf dan rendah diri memohon kehadrat Allah agar PM Dr. Kartini segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

Pihak PEKA juga telah menghulurkan sumbangan PEKA berjumlah RM200.00 kepada PM Dr. Kartini kepada PM Dr Azlan.

Pihak PEKA juga mengucapkan agar PM Dr. Azlan sekeluarga bersabar dengan ujian Allah ini.


“Tidaklah seorang muslim yang tertimpa gangguan berupa penyakit atau semacamnya, kecuali Allah akan menggugurkan bersama dengannya dosa-dosanya, sebagaimana pohon yang menggugurkan dedaunannya.” 

(HR. Bukhari dan Muslim)




YDP PEKA, Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah, NYDP PEKA Dr. Muhammad Akramin bin Kamarul Zaman dan Naib Setiausaha PEKA Ust. Muhammad Hasbi bin Abdul Rahman sedang bertanya khabar kepada PM Dr. Mohd. Azlan bin Nafiah.



YDP PEKA, Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah menyampaikan sumbangan PEKA untuk PM Dr. Kartini kepada PM Dr. Azlan

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top