Slider

 

Unknown Unknown Author
Title: NOTIS POTONG GAJI PENJAWAT AWAM YANG GAGAL BAYAR PINJAMAN PTPTN-KSN
Author: Unknown
Rating 5 of 5 Des:
Sumber : BERNAMA, 17hb Jun 2015 KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Sejumlah 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayar...

Sumber : BERNAMA, 17hb Jun 2015

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) --
Sejumlah 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan  hari ini, berkata surat berkenaan akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Beliau berkata mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred (kecuali Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang tidak pernah membuat pembayaran adalah sebanyak 32,803 orang. "Penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-sekala (tidak konsisten) adalah sebanyak 130,204 orang," katanya. Ali sebelum ini dilaporkan berkata langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang liat membayar hutang PTPTN hanya akan dilakukan sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah itu.



Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
17/6/2015

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top