Slider

 

Unknown Unknown Author
Title: RAYUAN SUMBANGAN UNTUK ANAKANDA PUAN ASMARA BINTI ALIAS (FSKIK) - ADIK ARIQA UZMA BINTI MOHAMMAD RAUF
Author: Unknown
Rating 5 of 5 Des:
BANK ISLAM : 1223-4020-1123-67 CIMB : 7005-3002-68 ASMARA BINTI ALIAS asmara@fskik.upsi.edu.my *Adik Uzma didiagnos dengan sakit radang...

BANK ISLAM : 1223-4020-1123-67
CIMB : 7005-3002-68
ASMARA BINTI ALIAS
asmara@fskik.upsi.edu.my


*Adik Uzma didiagnos dengan sakit radang otak menyebabkan kognitif terjejas dan gangguan pergerakan hiperkinetik

*Puan Asmara telah mengambil cuti separuh gaji

*Suami Puan Asmara terpaksa mengurangkan kerja lebih masa (OT)

*kos ubat-ubatan dan pemeriksaan yang tinggi (tidak ditanggung 
oleh GL)


Assalamu'alaikum wbt dan Selamat Sejahtera,

Untuk makluman semua, anakanda kepada Puan Asmara binti Alias, Pensyarah di Jabatan Komputeran, FSKIK bernama Ariqa Uzma binti Mohammad Rauf kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail Johor Bharu akibat penyakit radang otak yang diklasifikasikan sebagai kronik.

Pada 1 April 2018 yang lalu, Uzma mengalami demam panas dan kemudian telah diserang sawan di dewan kecemasan Hospital KPJ Johor. Adik Uzma disahkan berada dalam keadaan koma oleh pihak doktor setelah tidak sedarkan diri untuk jangka masa lebih 5 jam selepas serangan tersebut.


Uzma dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bharu atas saranan doktor bagi pemantauan dan rawatan berterusan. Di Hospital Sultan Ismail adik Uzma ditempatkan di ICU selama seminggu sebelum dipindahkan ke wad pemantauan khas.

Akhirnya, doktor telah mengenalpasti Uzma diuji dengan sakit 'serology negative autoimmune encephalitis' iaitu antibodi di dalam badannya mengenali antibodi lain sebagai musuh.

Menurut Puan Asmara, Uzma telah hilang upaya dari segi kognitif menyebabkan Uzma kerap hilang ingatan dan tidak boleh bertutur dengan baik. Pada masa-masa tertentu Uzma seakan tidak dapat mengingat dan mengenali orang disekelilingnya termasuk ibu dan ayah sendiri. Selain itu Uzma juga mengalami gangguan pergerakan hiperkinetik yang menyebabkan gerakan anggota badan luar kawal sentiasa berlaku.

Rawatan yang agak berat  yang diterima Uzma ialah pada 2 Mei 2018 apabila doktor memutuskan untuk memasukkan ubat kimoterapi 'cyclophospamide' (* ubat ini sebenarnya untuk pesakit barah)  bagi membolehkan beliau duduk dan bangun dengan lebih selesa.

Selain dari itu, oleh kerana Uzma dikategorikan mengidap penyakit yang kronik, majoriti ubat-ubatan untuk beliau perlu dibeli di luar hospital kerajaan yang menelan kos yang tinggi. Begitu juga, beberapa ujian air tulang belakang Uzma  perlu dilaksanakan di makmal luar dengan pembiayaan sendiri (*tidak ditanggung di bawah GL UPSI).



Pihak doktor ada mencadangkan untuk dilakukan ujian genetik terhadap darah adik Uzma bagi mengenal-pasti punca penyakit dan rawatan yang lebih baik. Namun ujian ini menelan kos yang agak tinggi iaitu sekitar RM20,000.00 kerana perlu dilakukan di luar negara.

Demi kebajikan Uzma, Puan Asmara telah mengambil cuti separuh gaji manakala suami beliau juga turut membantu. Ini kerana Uzma perlu dijaga, dipantau dan dibantu 24 jam sehari terutama apabila berlakunya gangguan pergerakan hiperkinetik.

Untuk itu, PEKA UPSI dengan rasa rendah diri merayu kepada semua ahli PEKA untuk menyumbang bagi meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh Puan Asmara sekeluarga. Semoga bantuan kecil kita semua dikira sebagai ibadah dan diganjari pahala yang berlipat-ganda oleh Allah SWT.

Sebagai makluman semua, AJK PEKA di dalam Mesyuarat Bil 2/2018 pada 28 Jun 2018
telah meluluskan sumbangan one-off  untuk Puan Asmara dan keluarga berjumlah RM500.00

Sekian. Terima kasih dan wassalam.



BANK ISLAM : 1223-4020-1123-67
CIMB : 7005-3002-68
ASMARA BINTI ALIAS
asmara@fskik.upsi.edu.my



About Author

Advertisement

Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

 
Top