Alhamdulillah pada penghulu hari yang mulia, Jumaat, 29 Januari 2016 pukul 8.15am pihak PEKA diwakili oleh Setiausahanya Dr. Faizal Nizam Lee bin Abdullah telah menyerahkan dokumen cadangan berkenaan kepada Pendaftar UPSI, Encik Mohd. Faizi bin Othman.
Pihak PEKA mewakili seluruh kakitangan akademik amnya dan kakitangan akademik DS45 yang berkhidmat 10 tahun atau lebih khasnya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak Pendaftar UPSI untuk mengajukan cadangan ini ke pihak pengurusan tertinggi UPSI.
Semoga usaha ini memperolehi keberkatan dari Allah dan dapat mencapai matlamat yang digariskan.
Tahniah semoga semuanya dipermudahkan
ReplyDeleteSalam.. mohon diambil kira juga kepada pensyarah yang telah berkhidmat di sekolah dan mendapat kelulusan perpindahan dengan izin... sebagai laluan ke DS52. ada diantara mereka yang telah berkhidmat melebihan 20 tahun keseluruhan tapi masih tidak pernah merasa kenaikan pangkat.
ReplyDelete