Pada pagi Selasa 29 September 2015 bersamaan 15 Zulhijjah 1436H, warga UPSI dikejutkan dengan berita pemergian seorang pendidik yang berwibawa, Allahyarham Prof. Madya Hariri bin Kamis. Beliau adalah tokoh ilmuan serta tenaga pengajar di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan juga mantan Dekan fakulti berkenaan.
Kenali Allayarham Prof. Madya Hariri bin Kamis, SILA KLIK DI SINI
Daripada berita yang diterima, Allahyarham telah dijemput Allah di tanah suci ketika sedang mengerjakan ibadat haji.
Pihak PEKA mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan sumbangan khairat PEKA sebanyak RM1000.00 akan segera disampaikan kepada mereka.
PEKA juga menerima maklumat Solat Jenazah Ghaib kelolaan Badan Kebajikan Kakitangan FPE akan dilaksanakan pada hari ini di Masjid Al-Mursyidin Kampus Sultan Azlan Shah seusai solat Zohor.
( Hadith Riwayat Ahmad, Tarmizi dan ibnu Majah )
*Ulama hadith berpendapat mati di Makkah juga mendapat syafaat yang sebanding.
Berita yang diterima melalui Aplikasi Whtasapp PEKA:
Post a Comment